Quantcast
Channel: Cabul Archives - Kuala Lumpur Post
Viewing all 137 articles
Browse latest View live

Anggota tentera didakwa cabul remaja perempuan

$
0
0

Kuala Lumpur – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah premis menjual vape di Taman Keramat di sini, bulan lepas.

Bagaimanapun, Zynetlee Von Zim, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.

Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan remaja berusia 18 tahun di sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, pada 1.28 tengah hari, 5 Okt lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Zynetlee memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih menanggung keluarga di Sabah dan isterinya baru melahirkan anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta menetapkan 12 Jan 2022 untuk sebutan semula kes, lapor Bernama.


Pengakuan sumpah laknat wanita libat bekas ADUN tidak ganggu siasatan polis

$
0
0

JOHOR BAHRU — Tindakan seorang wanita yang membuat pengakuan sumpah laknat melibatkan dakwaan kes cabul oleh seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, tidak menganggu siasatan pihak polis.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat turut menjelaskan bahawa, siasatan kes berkenaan juga masih diteruskan.

“Tidak ada (ganggu siasatan)…itu adalah (dakwaan) peribadi dia. (Kes ini) kita akan terus siasat secara adil dan saksama,” katanya selepas Operasi Samseng Jalanan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang wanita yang melakukan pengakuan sumpah laknat berhubung kes cabul melibatkan bekas ADUN berkenaan semalam.

Kamarul Zaman baru-baru ini berkata kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan bekas ADUN berkenaan terhadap seorang wanita, yang juga ahli sebuah parti politik telah dilengkapkan.

Beliau berkata kertas siasatan itu juga telah diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kamarul Zaman turut menjelaskan bahawa seramai 11 individu telah memberikan keterangan membabitkan kes itu, termasuk bekas ADUN dan wanita tersebut, lapor Bernama.

Wanita dicabul ketika rawatan tradisional

$
0
0

ALOR SETAR — Wanita mendakwa dicabul seorang pengamal perubatan ketika mendapatkan rawatan tradisional akibat mengalami gangguan mistik di rumah ibunya di Kulim, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah agensi kerajaan mendakwa pengamal perubatan terbabit merabanya ketika melakukan rawatan.

Menurut sumber, hasil siasatan ke atas ibu mangsa mendapati anaknya itu mengalami gangguan mistik sejak 2017 dipercayai akibat terkena santau, namun sakitnya itu semakin teruk sejak seminggu lalu.

“Malah, wanita berkenaan kerap pengsan dan dirasuk sejak kebelakangan ini. Kejadian itu berlaku ketika malam yang berlanjutan hingga Subuh ketika dia berada di rumah.

“Kejadian paling teruk berlaku Khamis lalu apabila wanita berkenaan didapati menghilangkan diri selama sehari sebelum dia ditemui di pusat mengasuh anaknya dalam keadaan histeria,” katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, melihatkan keadaan yang makin teruk, ibunya mengambil keputusan membawa wanita itu pulang ke rumahnya di Kulim dan mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk merawat anaknya itu.

“Pengamal perubatan yang dipanggil tiba pada jam 11 pagi dan memulakan sesi rawatan sambil disaksikan serta dibantu lima ahli keluarga mangsa termasuk ibu dan adik lelaki.

“Bagaimanapun, sesi rawatan itu terpaksa dihentikan dan disambung semula selepas solat Jumaat, namun ketika itu wanita terbabit mengambil kesempatan menghubungi polis kerana dia mendakwa dicabul,” katanya.

Menurutnya, anggota polis kemudian tiba di rumah terbabit dan membawa wanita itu keluar sebelum dia membuat satu laporan berhubung kejadian yang menimpanya itu.

Bagaimanapun, ketika sesi temubual dijalankan didapati wanita berkenaan kerap mengubah keterangan selain emosinya juga dilihat agak terganggu dan mengalami tekanan.

“Malah, dia juga turut memarahi polis yang menyoalnya dan ada kala seperti hilang kawalan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa kali anggota polis,” katanya.

Sumber berkata, polis kemudian menjalankan siasatan di rumah ibunya dan mendapati kediaman terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi wanita itu mendapatkan rawatan.

“Hasil semakan, kita meneliti rakaman CCTV dan melihat tiada sebarang kejadian mencurigakan seperti didakwa wanita itu ketika rawatan dijalankan terhadapnya.

“Pengamal perubatan memakai sarung tangan dan rawatan dilakukan di hadapan ahli keluarga wanita berkenaan yang ketika itu dilihat separuh sedar dan sesekali terbangun sambil melakukan tarian pelik,” katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada semua individu berkenaan sejak semalam, namun ada beberapa ahli keluarga wanita itu tidak hadir kerana dikuarantin.

“Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Tukang cuci cabul pesakit wanita lumpuh

$
0
0

SINGAPURA — Seorang pencuci berusia 56 tahun yang sedang mengemop lantai hospital melihat seorang pesakit wanita terbaring dengan bahagian atas baju tidak dibutang di sebuah hospital di negara ini.

Lelaki itu kemudian mengambil kesempatan mencabul pesakit berusia 42 tahun itu yang tidak mampu bergerak, bersuara atau menjerit bagi mendapatkan bantuan.

Tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap pesakit wanita itu yang juga lumpuh seluruh badan, pada 27 April tahun lalu.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas seorang jururawat yang sedang membantu seorang pesakit lain terlihat aksi jijik itu.

Lelaki tempatan itu yang dihadapkan ke mahkamah kemudian mengaku bersalah pada Rabu atas kesalahan mencabul kehormatan.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah bulan depan bagi hakim menetapkan hukuman.

Identiti pesakit dan lokasi hospital tidak didedahkan termasuk nama tertuduh.

Mahkamah dimaklumkan tertuduh sudah bekerja di hospital berkenaan sejak 2020, lapor Harian Metro.

Pemandu van sekolah cabul kanak-kanak ditahan

$
0
0

SEREMBAN — Polis menahan seorang lelaki di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di sini hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berkenaan ditahan pada pukul 2 petang tadi sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi, dua hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3 di sini.

Katanya dalam satu kenyataan polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan anaknya itu merupakan penumpang van sekolah yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, lapor Bernama.

Wanita dicabul di parkir

$
0
0

CYBERJAYA — Seorang wanita berdepan situasi mencemaskan apabila dicabul seorang lelaki tidak dikenali di tempat letak kereta di Tamarind Square di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun mendakwa suspek bertindak menyentuh punggungnya sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa mendakwa didekati seorang lelaki ketika sedang memasukkan barang ke dalam bonet belakang kereta.

Beliau berkata, sebaik mendekati mangsa, suspek menawarkan pertolongan untuk membantu mengangkat barang mangsa ke dalam kereta kerana mahu menggunakan troli barang yang digunakannya.

“Mangsa menolak tawaran untuk dibantu namun, suspek tetap berbuat demikian sebelum tiba-tiba menyentuh dan meramas punggung mangsa dengan kasar.

“Mangsa mendakwa suspek berpakaian serba hitam, menyarung beg sandang, berkulit gelap dan bermata juling serta mamakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek.

Sebelum ini, kes hampir sama turut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta pusat beli belah itu membabitkan seorang suri rumah, lapor Kosmo Online.

Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita

$
0
0

GEORGE TOWN — Seorang penghantar makanan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Indonesia, Rabu lepas.

Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berkenaan pada 12.30 tengah hari, 20 April lepas di Jalan Bukit Gambir, Gelugor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazri Abdul Rahim yang meminta denda setimpal dikenakan sebagai pengajaran manakala tertuduh diwakili peguam, S Bommy.

Dalam rayuannya, Muhammad Falihin memohon denda minimum kerana berpendapatan RM2,000 sebagai penghantar makanan dan perlu menanggung seorang anak berusia setahun dan isterinya sedang hamil lima bulan.

Nur Melati memerintahkan tertuduh didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Bernama.

Cabul penumpang : Pemandu kedua bas ekspres ditahan

$
0
0

MELAKA — Polis menahan pemandu kedua sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka ACP Lim Meng Seah berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus selepas bas ekspres berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

“Mangsa yang juga penuntut maktab perguruan di negeri ini mendakwa diraba oleh suspek semasa bas ekspres itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi.

“Berdasarkan maklumat itu, pihak polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Melaka Sentral,” katanya kepada media.

Beliau berkata wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah pada pukul 12 tengah hari tadi, dan kes akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dalam hantaran di Facebook rasminya menggesa golongan wanita agar tidak berdiam diri apabila menjadi mangsa cabul, terutama ketika menggunakan pengangkutan awam.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu video berdurasi tiga minit 41 saat di Facebook, selepas menerima pesanan di akaun media sosial berkenaan bagi meminta bantuan berkaitan kejadian itu.

“Pagi tadi ketika bangun Subuh saya terima pesanan mesej daripada sahabat di Facebook berhubung kejadian yang menimpa rakannya yang ingin pulang semula ke Melaka.

“Adik (mangsa) ini terlalu baik sehingga dia hendak menjerit pun takut, dan dia hanya mampu menangis teresak-esak. Saya bersama beberapa rakan yang tunggu di Melaka untuk bantu selamatkan gadis ini,” katanya, lapor Bernama.


Pemandu e-hailing cabul penumpang wanita ditahan

$
0
0

JOHOR BAHRU — Polis menahan seorang pemandu e-hailing di sekitar bandar raya awal pagi ini yang dipercayai mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di Jalan Bakar Batu di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada pukul 1.30 pagi.

Katanya kejadian berlaku semasa wanita berumur 23 tahun itu menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah di Permas Jaya selepas habis bekerja di sebuah pusat beli belah di sini, apabila pemandu e-hailing itu meminta dia supaya duduk di tempat duduk hadapan semasa dalam perjalanan, namun dia enggan berbuat demikian pada mulanya.

“Ketika kenderaan berada di Jalan Bakar Batu berhampiran simpang South Key, mangsa mengatakan terpaksa menuruti permintaan dan duduk di bahagian tempat duduk hadapan, sebelum dicabul, apabila dadanya diraba beberapa kali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata wanita itu berjaya menolak individu terbabit, dan melepaskan diri dengan keluar daripada kenderaan, sebelum membuat laporan polis, lapor Bernama.

Pengawal keselamatan ditahan kes cabul murid

$
0
0

TANAH MERAH — Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di sini ditahan bagi siasatan kes cabul seorang murid lelaki ketika mangsa sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program qiamullail di surau sekolah terbabit.

Lelaki berusia 38 tahun terbabit yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sementara, ditahan susulan laporan polis dibuat bapa kepada mangsa berusia 12 tahun berkenaan yang menceritakan kejadian Khamis lalu itu selepas dijemput dari sekolah pada jam 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, menurut laporan, kejadian berkenaan didakwa kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin di surau sekolah itu.

“Pada malam kejadian mangsa terbabit dengan program qiamullail dan sedang tidur bersama rakan sekolah dalam surau itu ketika didakwa dicabul oleh suspek. Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017, lapor BH Online.

9 pelajar ditahan cabul rakan sekolah

$
0
0

SUNGAI PETANI — Seorang remaja perempuan menjadi mangsa amang seksual, Berpunca daripada isu berebut teman lelaki, malah kejadian ketika mangsa dicabul di sebuah kawasan perumahan sekitar bandar ini April lalu, dikatakan turut dirakam .

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 13 tahun dan juga pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah itu membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung kejadian terbabit kerana bimbang rakaman video berkenaan tersebar, selain tidak berpuas hati dengan perbuatan jijik dilakukan terhadapnya.

Susulan laporan itu, polis menahan sembilan remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun dalam beberapa serbuan di rumah masing-masing.

Sumber berkata, dalam laporannya mangsa mendakwa kejadian berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di rumah seorang rakan lelaki di sebuah kawasan perumahan.

“Mangsa sebelum itu diajak seorang rakan perempuan ke rumah terbabit kononnya untuk berbincang mengenai masalah antara mereka berdua yang mempunyai isu percintaan dengan seorang remaja lelaki.

“Namun, mangsa mendakwa dia ditolak rakan perempuan hingga terjatuh ke lantai dan sembilan remaja lelaki yang berada dalam rumah itu kemudian terus mengangkatnya dan membawa ke bilik,” katanya.

Sumber berkata, ketika berada dalam bilik, seorang daripada remaja lelaki terbabit mengambil kesempatan meraba dada serta kemaluan mangsa.

“Seorang lagi remaja lelaki dikatakan mengambil rakaman video perbuatan cabul dilakukan rakannya terhadap mangsa ketika itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati tujuh remaja lelaki yang lain hanya mengangkat pelajar perempuan itu ke bilik dan menonton aksi rakan mereka terhadap mangsa,” katanya.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa mengenali semua suspek kerana mereka belajar di sekolah sama.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dikatakan diguna ketika merakam video mangsa yang ketika itu dicabul.

“Seorang daripada suspek mengaku merakam kejadian itu, namun dia mendakwa sudah memadam video berkenaan selain memberitahu telefon bimbitnya turut rosak,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut dalam telefon bimbit berkenaan juga tidak menemui sebarang video aksi cabul seperti didakwa.

“Mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan dan tangkapan terhadap semua suspek terbabit.

“Bagaimanapun, semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kita sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya, lapor BH Online.

Polis siasat anggota enggan terima laporan kes cabul

$
0
0

Georgetown – Polis Daerah Timur Laut sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang anggotanya enggan menerima laporan polis berhubung kes cabul, seperti yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya juga memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil berhubung dakwaan tersebut.

“Pihak polis dan saya sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman dan beri jaminan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil akan dijalankan berhubung dakwaan yang tular di media sosial iaitu Facebook itu.

“Jika terkesan terdapat salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan prosedur penugasan, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada semua pegawai atau anggota yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tindakan enggan menerima laporan daripada orang awam oleh pegawai atau anggota polis merupakan satu kesalahan yang amat serius dan tidak boleh dikompromi.

Mengulas lanjut berhubung kes itu, Soffian berkata selepas dakwaan itu tular, polis telah memanggil pengadu kes berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan dan bagi mengesahkan dakwaan sepertimana yang ditularkan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan,” katanya.

Pada 21 Okt lepas, tular satu hantaran di Facebook oleh Urban Life Volunteers yang mendakwa kononnya anggota polis dari IPD Timur Laut enggan menerima laporan polis yang hendak dibuat oleh seorang mangsa cabul, dipercayai berlaku di dalam sebuah tandas wanita di Komtar.

Ramai pihak termasuk beberapa orang persendirian dan badan bukan kerajaan tampil memberi pendapat masing-masing yang kebanyakannya menyalahkan polis kerana didakwa tidak mahu menerima laporan mangsa, lapor Bernama.

Ustaz cabul pelajar perempuan ketika upacara mandi bunga

$
0
0

Jakarta – Seorang ustaz di Tangerang dalam wilayah Banten didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan ketika melakukan upacara mandi bunga yang dikatakan bertujuan untuk menyalurkan ilmu kebatinan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian pertama dilakukan ustaz terbabit dilaporkan pada April lalu apabila seorang pelajar perempuan yang menghadiri pengajiannya menawarkan diri untuk mendalami ilmu kebatinan dan disuruh mandi bunga.

Ketika proses mandi bunga, pelajar tersebut dimandikan dalam keadaan berpakaian dan dia dicabul selepas prosedur itu tamat.

Mengesahkan laporan kejadian, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim berkata, suspek turut melakukan perkara terkutuk itu kepada beberapa pelajar perempuan yang lain.

“Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz terbabit,’’ katanya.

Kegiatan ustaz itu terdedah setelah dilaporkan ibu bapa mangsa.

Anggota tentera didakwa cabul remaja perempuan

$
0
0

Kuala Lumpur – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah premis menjual vape di Taman Keramat di sini, bulan lepas.

Bagaimanapun, Zynetlee Von Zim, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.

Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan remaja berusia 18 tahun di sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, pada 1.28 tengah hari, 5 Okt lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Zynetlee memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya masih menanggung keluarga di Sabah dan isterinya baru melahirkan anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta menetapkan 12 Jan 2022 untuk sebutan semula kes, lapor Bernama.

Penjawat awam disamun, dicabul

$
0
0

PUTRAJAYA — Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner AAsmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang semalam ketika wanita berusia 30-an itu berjalan menuju ke rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki tidak dikenali dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan berdekatan rumah mangsa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan mangsa sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.

“Mangsa kemudian mengejar suspek sehingga aras dua sebelum suspek sekali lagi mendekati mangsa dan merampas telefon bimbit jenis iPhone 8 selain mencabul mangsa,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Asmadi berkata, mangsa sempat menumbuk suspek di bahagian pipi kanan dan menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri selepas jeritan didengari penghuni.

Beliau berkata, mangsa yang masih bujang mendakwa wang tunai berjumlah RM300 di dalam beg tanganya turut dilarikan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju-T warna putih dan berseluar trek hitam.

“Suspek masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku dan usaha memburu suspek sedang dilakukan melalui kaedah fotofit,”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya, lapor BH Online.

The post Penjawat awam disamun, dicabul appeared first on Kuala Lumpur Post.


Bapa didakwa rogol, seks luar tabii dan cabul anak kandung

$
0
0

KUALA LUMPUR — Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak perempuannya, dua minggu lepas.

Pemandu lori berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.

Tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 23 tahun 10 bulan di tempat duduk belakang sebuah lori di Jalan Sungai Besi di sini antara 2.30 petang sehingga 3.30 petang pada 18 Sept lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan persetubuhan aturan tabii serta mencabul kehormatan mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan persetubuhan aturan tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan manakala untuk kesalahan mencabul, pendakwaan mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed (rpt:Muhmmed) Ayub tidak menawarkan jaminan atas alasan mangsa dikatakan tinggal bersama isteri kedua tertuduh (bukan ibu mangsa), namun jika jaminan diberikan ada risiko tertuduh akan mendekati anaknya kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur.

“Dalam pertuduhan hari ini, ada kesalahan merogol anak kandung dan untuk keselamatan mangsa, jaminan tidak ditawarkan,” katanya.

Peguam Mona Anak Leonard Lubon yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain memberi kerjasama dengan pihak polis sejak ditahan Sabtu lepas.

“Anak guam saya berjanji tidak akan mengganggu anak kandungnya itu dan dia juga setuju jika ada syarat lain dikenakan seperti melaporkan diri di balai polis setiap bulan,” kata peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan kes, lapor Bernama.

The post Bapa didakwa rogol, seks luar tabii dan cabul anak kandung appeared first on Kuala Lumpur Post.

Doktor ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan

$
0
0

KUALA TERENGGANU — Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman ditahan polis Terengganu semalam selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya pihak polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini,” katanya.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

The post Doktor ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan appeared first on Kuala Lumpur Post.

Viewing all 137 articles
Browse latest View live